Monday 28 May 2007

Diari sebulan...









Assalamualaikum... Wah hampir sebulan tak up-date blog nie... Busy sikit lately nie.. Macam-macam nak story nie..

22/4/07-25/4/07 : Gie JB ada kursus GCMS. Wah anak mama sepanjang jalan pergi dan balik dia tido. Senang mama. Stay kat New York Hotel. Kat JB, mama gie kursus, sepanjang hari ayah jaga Aqilah. Kesian ayah.. Kiteorang sampai dalam pukul 3pm & petang dalam pukul 5.30pm kawan ayah (uncle KZ) & his wife datang hotel, bawak kiteorang gie jalan-jalan sekitar JB. Kat sana tak banyak tempat yang menarik. Kiteorang gie Danga Bay & The Zon (Datuk Khalid punya) jer.. Tempat lain tak gie coz semua ada kat KL. Ayah belikan Aqilah bantal Barney & toys Garfield. Untuk mama tak ada pun.. Tapi on the way balik, kiteorang singgah Tangkak. Kat situ shopping sakan beli baju raya... Hahaha...ganti puasa pun tak habis lagi, dah sibuk carik baju raye... Mama pilih, ayah bayar... hehehe... Baju mama 2 pasang, baju ayah sepasang, baju Aqilah sepasang & baju wan & opah sepasang... Bestnya dapat baju... Thank you ayah... Lepas tue singgah R&R (tak ingat R&R ape). Kat sini, mama tak lupa beli ole2 untuk atuk... Mama belikan atuk cincalok kesukaan atuk & buah. Seronok bawak anak mama jalan2 coz dia tak meragam... Baik jer... Time kat tangkak, mama sibuk pilih baju lame2 dia tak menagis @ meragam pun... Lain kali boleh ikut mama jalan lagi...

27/4/07 : Atuk, wan & Haziq gie umrah. Sedihnya pisah dgn mak & abah. As usual, mama pastinya akan menagis bile berpisah dengan mak... Kiteorang tak dapat hantar ke KLIA coz ayah keje sampai pukul 11pm & the next morning ayah ada exam. Flight wan pukul 4am. But keesokan harinya mama dapat message dalam pukul 8am dari wan. Flight delay coz kapal terbang ada masalah... Dalam pukul 12.30pm baru dapat masuk kapal terbang... Haziq mabuk naik kapal terbang. Kesian dia...

11/5/07 : Gie amik atuk, wan & Haziq di KLIA. Diaorang selamat sampai dari menunaikan umrah. Haziq seronok sangat... Untungnya dia dapat gie umrah... Mak & abah sihat, alhamdulillah... Malam tue, tengok gambar yang Haziq ambil time kat Mekah. Mak puas hati sangat pergi ikut pakej nie, coz banyak tempat dapat melawat coz pakej nie "Umrah & Ziarah".
Yang paling best Haziqlah. Time diaorang pergi nie, rombongan Ustaz Harun Din pun ada, so Haziq dapat jumpa Ustaz Harun Din... Bestnya dia... Zaman sekarang nie, dah canggih, boleh call & message direct jer, tak payah pening2 kepala. So, walaupun diaorang jauh, tapi everyday boleh bagi mesage tanya khabar. Ada satu perkara menarik. Dalam rombongan mak pergi nie, ada seorang hamba Allah nie, dia meninggal semasa ihram (berpakaian ihram). So, hamba Allah ni dikategorikan mati syahid (syahid kecil). Biasanya, kalau sesiapa mati di Mekah adalah biasa & akan dikenakan bayaran, tapi kematian semasa ihram hanyalah satu dalam seribu & orang Arab memang menghormati jenazah sedemikian. Abah cakap, muka hamba Allah nie berseri-seri & tenang jer. So, orang kat sana tak ambil sesen pun untuk menguruskan jenazah. Bile ditanya tentang latar belakang dia, hamba Allah nie seorang imam di kampung dia & isteri dia cakap dia memang seorang yang baik...

13/5/07 : Mothers DAY... Selamat Hari Ibu untuk emak tersayang Hjh Rahmah Binti Ahmad. Mama tempah kek dari auntie Anis. Thanx Anis coz hantar sampai rumah.. Sedap kek tue... Hargailah parents semasa hayatnya ada. Berjasalah pada mereka kerana aper yang kita beri pada mereka tidak akan setimpal dengan pengorbanan mereka untuk membesarkan kita. Bile dah ada anak nie, baru kite sedar apa maksud "Pengorbanan".

20/5/07-23/5/07 : Gie seminar di Port Dickson. First time berpisah dengan Aqilah... Eeee... rindunya kat Aqilah... Ayah & Aqilah tido kat umah atuk & wan. Ayah keje pagi, so petang & malam ayah tolong jaga Aqilah.. Tapi, bukannya ayah yang tido dengan Aqilah, Wan yang tido dengan Aqilah.. Rasenya Wan jaga 70% & ayah 30%, betul tak ayah? Wan complain, Aqilah tido lasak... Hehehe.... Baru wan tau kehebatan anak mama... 3 malam wan tak tido lena coz Aqilah banyak bergerak... Hehehe... Kesian wan... Tapi yang tak bestnya, bile mama balik, Aqilah tak nak dengan mama. Dia macam merajuk... Lama jugak nak memujuknya... Geram jer.. Dia buat tak tau jer dengan mama... Tapi bile nak tido, carik mama jugak...

Alhamdulillah kerajaan dah naikkan gaji... Seronoknya... Nielah yang dikatakan rezeki anak... Aqilah sekarang dah pandai meniarap, menyusur ke depan, dah angkat punggung & insyallah tak lame lagi merangkaklah tue... Mama dah start pening dengan Aqilah... Lasaknya, tuhan jer yang tau... Aktif betullah Aqilah nie... Tapi tak aper, bayi yang aktif, adalah bayi yang bijak kerana otak dia sentiasa bergerak untuk memikirkan sesuatu yang baru... Secara tidak langsung, neuron2 di bahagian otak akan terus berkembang... Perkembangan otak bayi sangat aktif pada usia 0-3 tahun. So, kite jangan sekat apa yang mereka ingin lakukan tapi pemantauan perlu dibuat.

Ok, lain kali story lagi...