Friday 20 April 2007

Kursus...

Ok, nak sambung story... Last monday (16/4/07) mama gie Putrajaya ader meeting & next week mama ader kursus ATD-GCMS di Johor (23/4/07-24/4/07). Ayah & Aqilah akan ikut sama... Perancangan asal nak gie Singapore lepas habis kurus, tapi terpaksa dibatalkan coz mak, abah & Haziq akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah pada 26/4/07. Dah berkali-kali tangguh tarikh nak pergi coz masalah visa, and now dah confirm akan bertolak ke Mekah pada 26/4/07. Ok, hope semuanya selamat pergi & balik....

Housewarming






Assalamualaikum... Wah, lame jugak tak up date blog nie... Ok, mama nak story pasal housewarming last saturday... Majlis nie mama buat 2 seisi, first 12pm-4pm for sedara-mara & 4pm-8pm for kengkawan... Maklumlah rumah apartment jea, so tak boleh buat serentak, nanti tak muat...

Menu hari tue, spagethi, roti jala & soto. Soto & kuih koci makcik Atie sponsor, manakala spagethi & kuah roti jala mak buat... Thanx mak... Kesian mak nampak letih jer... Selain dari tue mama order kuih sri muka from induk & beli buah-buahan sikit... Selain tue, kawan mama auntie Anis sponser cake blackforest... Thank you anis... Sedap cake... Orang pertama yang datang ialah Kak Yatie (org yang jaga Aqilah), then berturut-turut tak stop...
Alhamdulillah, kawan-kawan yang mama ajak, semuanya datang... Seronok sangat tak tau nak cakap...Maklumlah kiteorang dah lamer tak berkumpul macam nie... Bile berkumpul ramai2, macam tak percaya jer coz dulu anak dara, sekarang bile jumpa masing2 dah ader anak... Hahaha... Tapi yang penting seronok... Mama sampai kene marah dengan mak coz leka berborak tak perasan makanan dah habis... Hahaha....
Kat sini mama ader taruk beberape keping gambar. Gambar 1st tue, anak mama tengah posing dengan Dani anak auntie yani. 2nd auntie yana & auntie yani sibuk makan & husband masing2 kene jaga anak..., 3rd gambar wan & mak auntie farah. Wan & atuk seronok sangat dapat jumpa kawan borak... Farah datang dengan parents dia... Kesian tengok parents farah kene daki bukit nak ke rumah mama... 4th mama & kawan2 (one2one)... Dalam gambar nie, fizah sahaja yang tak ader coz dia di penang & gambar last sekali farah & her family... Mama lupa nak amik gambar mama, ayah & aqilah bertiga....
Tapi yang tak bestnya, mama lupa nak amik gambar sedara-mara yang datang... Ramai jugak yang datang... Bile mama & ayah kira2, dalam 80 orang jugaklah datang... Kesian tengok pakcik2, makcik2 & kawan2 yang datang kene daki banglo 5 tingkat nie... semua semput... Macam tuelah mama setiap hari naik tangga sorang2 sambil bawak beg & aqilah kalo ayah keje... Tuelah rahsia mama maintain kurus... Hahaha....
Tetamu yang last Along & Mummy... Malam tue jugak mama & ayah berkemas & the next day tinggal sapu & mop jea... Letih memanglah letih, tapi seronok & puas hati dapat jumpa kawan2 & jamu tetamu makan makanan yang tak seberaper... Insyallah raye nanti mama & ayah ader perancangan nak buat makan2 lagi...
Ok, thanx pada semua yang datang housewarming Khairil & Nazihah & sorry kalo ader kekurangan... So, dah tau rumah kami, lepas nie bolehlah datang jalan... For my parents, thanx a lot terutamanya maklah yang sanggup turun naik tangga untuk masak... Next time ogy masak sendiri yea... Hahaha... Ok, jumpa lagi... bye....

Friday 6 April 2007

Family Day...

Now mama nak continue story about family day for Makmal Penyiasata Kebakaran...
On 31/3/07, mama & team penyiasatan kebakaran buat family day kecil-kecilan just for fun & to eratkan hubungan staff & family...

Ada beberape perkara menarik yang berlaku; antaranya mama & ayah jadi johan pertandingan Keluarga Bahagia & mama menang cabutan bertuah yang mana, mama yang cabut & tercabut no. mama sendiri... hahaha... Tapi nak buat macam maner, dah rezeki... Haziq pulak dapat no. 3 pertandingan rebut kerusi...

Ok, insyallah next year kitaorang akan buat Family Day nie lagi...

AQILAH MASUK WAD...






Assalamualaikum...


Wah, dah lame tak update blog nie... Ada beberapa cerita menarik nak cerita hari nie...
First sekali pastinya story Aqilah masuk wad... Since 12/3/07 until 18/3/07, Aqilah batuk-batuk & on off demam... Mama dengan ayah pulak tak berape sihat minggu nie... So mama just bagi Aqilah ubat batuk & ubat demam yang doc. bagi... But on 18/3/07, mama tak sedap hati tengok anak mama, nafas Aqilah berbunyi & batuk Aqilah ada tanda-tanda macam batuk yang mama kene sebelum nie... Tanda-tanda dia, batuk berterusan tak berhenti-henti, berkahak walaupun tak selsema... Mama ajak ayah gie klinik Idzham on 18/3/07... Doc check chest Aqilah & dia terus suruh gie hopital...
Then the next day mama & ayah bawak Aqilah gie Damai Service Hospital... Terus kene admit... Mama & ayah buat percutian sambil menjaga anak kesayangan selama 5 hari 4 malam kat Hotel Damai... (19/3/07 - 23/3/07). Kat sini Aqilah kene buat treatment macam-macam antaranya; physiotheraphy selama 4 hari, nebulizer setiap 6 jam, masuk antibiotik di tangan setiap 8 jam, makan ubat demam setiap 6 jam & sedut kahak 2 kali... Kesian anak mama... Tapi nak buat macam maner, nak Aqilah sihat cepat, mama tahan jerlah bile tengok anak mama nagis time kene all the treatment... Lupa pulak nak bagi tau nama penyakit Aqilah; Bronco Phenomia (middle)...
Lepas keluar wad, Aqilah dibekalkan dengan 3 ubat, antibiotik, ubat kahak & lagi satu mama tak ingatlah... After 2 weeks Aqilah kene buat follow up... Alhamdulillah semalam bawak Aqilah gie check up, semua dah ok... Doc. kate Aqilah dah semakin bersemangat, pipi dah tembam berbanding sebelum nie... Now berat Aqilah 6.5kg... Tapi yang tak bestnya, Doc. kate mama kene jaga Aqilah dari semua aspek pemakanan, kebersihan persekitaran & kesihatan coz Aqilah memiliki kulit yang sangat-sangat sensitif & dia berisiko kene asma...
Thanx pada semua kawan-kawan & sedara-mara yang datang melawat Aqilah... Antara yang datang Mak, abah, kak ngah, khairi, Haziq, Nurin, Yana, Yani, Farrah, Uyin, Julie, Busu, Induk, Pak Teh & tak lupa pada yang menelifon antaranya Anis, Shenna, Hajar, Diana & Kak Yatie...
Kat atas nie ader beberapa gambar Aqilah semasa di hospital...