Monday, 28 April 2008

MEE KARI NYONYA

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat mama nak buat mee kari nyonya. Resepi diambil dari internet. Akhirnya ayah dapat makan mee kari dari hasil air tangan mama sendiri... Hehehe... Orang pertama yang rasmikan, ayahlah... Pastu, wan & atuk datang sebelah petang... Sebelah malam pulak kak ngah & family datang. Yang paling best, bukan ayah jea puji sedap, atuk and pak ngah pun cakap sedap... Hehehe... Mama apa lagi, perasanlah...
Semalam gie rumah kak ngah kat Rawang... Kak Ngah buat makan2 ... Cantik umah dia... Bila tengok rumah kak ngah, tak sabar pulak nak pindah rumah kat bangi...
Ok, lain kali story lagi...bye...

Friday, 25 April 2008

AQILAH 18 BULAN...

Semalam (24/4/08), mama & ayah bawa Aqilah gie inject for 18 months (DTP & IPV). Alhamdulillah aqilah sihat & berat dia dah 10kg. Time inject menangis sekuat hati, bila jarum keluar dari punggung dia, terus senyap... Hehehe... Anak mama berlakon jer, kan? Lepas nie 6 years baru inject seterusnya...
Dr. Hasmawati tanya, Aqilah dah pandai cakap ker? Alhamdulillah, setakat nie, dia faham apa yang orang cakap. Antara perkataan yang dia dah boleh cakap "Allah, mama, ayah, lizard, cat, fish, milk, ball, bye, barney, nak, tak nak, jatuh, teeth, shoes, mmuah, abah, ok, air, opah"
Kalo mama said "delicious" automatic dia akan buat "emmpphh yam". Kalo mama said "spicy" automatic kipas tangan kat mulut & ada lagilah aksi2 dia yang mama tak ingatlah...
Ok, lain kali story lagi...

Thursday, 17 April 2008

Aqilah...Aqilah...Aqilah...

Ya Allah... anak mama nie, makin hari makin baik... Semakin besar, semakin banyak aksi yang dibuat... Kadang2 tue, sangat-sangat menguji kesabaran mama & ayah... Apa yang dia dah pandai buat? Antaranya:
1) Pantang nampak pencil/pen, mesti nak menconteng. Kalo mama & ayah tak perasan dia tengah pegang pen/pencil, selamatlah dinding akan bercorak2-corak. Setakat nie, ada beberapa lukisan yang "menarik" kat rumah kiteorang.
2) Pantang masuk bilik air, mesti susah nak keluar. Suka sangat main air & shower. Walaupun dah menggigil, tetap tak nak keluar. Kalo dukung jer keluarkan dia, confirm menagis & lari tak nak pakai pampers.
3) Pantang tengok mama & ayah or sesiapa sahaja duduk kat meja makan. Dia akan panjat kerusi (kadang2 bukan kerusi jer, meja pun dia panjat) and dia akan minta nasi @ apa2 yang kita tengah makan. Kalo ambil yang lain untuk dia, confirm tak nak. Semalam, ayah makan nasi & ada sambal belacan, bila ayah tak bagi, dia menagis. Pastu mama cakap dengan ayah, bagi jer... Hahaha... Lepas rasa sambal belacan tue, merah padam muka.. Terus minta air...
4) Hobi terbaru, tekan2 remote. At last, mama keluarkan bateri remote & buat manual dengan tekan jea kat TV @ DVD. Masalahnya, dia tengok mama buat sekali jea. Lepas nampak mama tekan kat DVD & TV, dia pun buat perkara yang sama. Geramnya... Tengah sedap2 tengok DVD, tiba2 dia off.. Kalo mama or ayah marah, samada dia lari atau dia senyum sambil sengetkan kepala & said OK or dia menagis mintak simpati...
5) Kalo tak dapat apa yang dia minta, Aqilah akan menjerit, gie jauh dari kita & menagis..
Sekarang nie, peragai Aqilah sangat-sangat menguji keimanan & kesabaran mama. Tapi alhamdulillah, mama & ayah masih berjaya mengawal kemarahan & tak pernah pukul Aqilah lagi... Really hope Aqilah akan menjadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat, hormat orang tua & sayang mama ayah forever... Amin.

Thursday, 10 April 2008

RIBENA MENGANDUNGI ARAK...

Assalamualaikum...bacalah artikel nie yang saya dapat from my email... Hope kita semua belum terlambat... Selamatkanlah anak-anak kita yang masih suci dan bersih daripada minum ribena...
BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK LONDON :
Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah. Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

Wednesday, 9 April 2008

Aqilah demam & TV Baru...

Huhuhu... anak mama demam lagi... Petang semalam amik dari rumah kak yati, dia ok & aktif macam biasa, malam dalam pukul 10pm badan aqilah start deda... Maybe kene hujan sikit time balik dari rumah mak & pagi tadi mama tengok gigi garham bawah dia dalam proses nak tumbuh.. Maybe demam coz nak tumbuh gigilah kot... Malam & pagi tadi dah bagi ubat & tampal coolfever.. Hope anak mama cepat sihat...
Semalam beli tv baru... Hehehe... Actually taklah baru, cuma baru beli jea... Beli tv from auntie Yana... Thanx auntie yana & husband coz hantar sampai rumah lagi... Kesian diaorang mendaki banglo 5 tingkat kiteorang... Hehehe... After this, tak payahlah nak berebut tengok tv dengan Aqilah lagi... Bestnya... Ehhh, lupa pulak nak say thank you to ayah coz belikan mama & Aqilah tv... Hehehe...
Ok, lain kali story lagi...

Tuesday, 8 April 2008

PUDING COKLAT...

Emmppphhh... sedapnya... Mama buat Puding coklat hari nie... (hahaha...perasan sedap...). Ok, kali nie mama nak kongsi resepi puding coklat yang mama baru buat tadi... Sedap sangat & mudah...

Resepi puding coklat:
1/2 cawan sebuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar butter
41/4 cawan air
1/2 sudu kecil esen vanila
secubit garam

Cubalah kepada sesiapa yang berminat & suka makan puding... Buat puding sangat mudah... Insyallah lepas nie mama nak start belajar buat kek... Dah study sikit2 cara2 buat kek, tapi banyak bahan2 yang mama tak kenal...(hehehe...). Insyallah auntie farah & auntie anis boleh tolong... Hehehe...

Thursday, 3 April 2008

PUDING HORLICKS...

Assalamualaikum...

Petang semalam, lepas balik keje... mama buat puding horlicks. Walaupun hujan lebat gila petang semalam, mama still gie Giant gak untuk beli barang-barang nak buat puding tue... Alhamdulillah menjadi & sedap... Tapi ia sedap bagi sesiapa yang berminat dengan horlickslah... Hehehe... Ayah tak berapa suka horlicks, so dia tak makan sangatlah... Ayah suruh try buat puding jagung... Insyallah mama akan usahakan... Sorilah tak ada gambar... Tapi nak buat dia senang sangat... Nie resepi puding horlicks :

*1 bungkus agar-agar
*6 cawan air
*1 tin susu pekat manis
*1 tin susu cair
*1 sudu besar tepung custard
*1 sudu besar esen vanila
*4 biji telur

Ok, sesiapa yang berminat, bolehlah cuba sendiri...