Ya Allah... anak mama nie, makin hari makin baik... Semakin besar, semakin banyak aksi yang dibuat... Kadang2 tue, sangat-sangat menguji kesabaran mama & ayah... Apa yang dia dah pandai buat? Antaranya:
1) Pantang nampak pencil/pen, mesti nak menconteng. Kalo mama & ayah tak perasan dia tengah pegang pen/pencil, selamatlah dinding akan bercorak2-corak. Setakat nie, ada beberapa lukisan yang "menarik" kat rumah kiteorang.
2) Pantang masuk bilik air, mesti susah nak keluar. Suka sangat main air & shower. Walaupun dah menggigil, tetap tak nak keluar. Kalo dukung jer keluarkan dia, confirm menagis & lari tak nak pakai pampers.
3) Pantang tengok mama & ayah or sesiapa sahaja duduk kat meja makan. Dia akan panjat kerusi (kadang2 bukan kerusi jer, meja pun dia panjat) and dia akan minta nasi @ apa2 yang kita tengah makan. Kalo ambil yang lain untuk dia, confirm tak nak. Semalam, ayah makan nasi & ada sambal belacan, bila ayah tak bagi, dia menagis. Pastu mama cakap dengan ayah, bagi jer... Hahaha... Lepas rasa sambal belacan tue, merah padam muka.. Terus minta air...
4) Hobi terbaru, tekan2 remote. At last, mama keluarkan bateri remote & buat manual dengan tekan jea kat TV @ DVD. Masalahnya, dia tengok mama buat sekali jea. Lepas nampak mama tekan kat DVD & TV, dia pun buat perkara yang sama. Geramnya... Tengah sedap2 tengok DVD, tiba2 dia off.. Kalo mama or ayah marah, samada dia lari atau dia senyum sambil sengetkan kepala & said OK or dia menagis mintak simpati...
5) Kalo tak dapat apa yang dia minta, Aqilah akan menjerit, gie jauh dari kita & menagis..
Sekarang nie, peragai Aqilah sangat-sangat menguji keimanan & kesabaran mama. Tapi alhamdulillah, mama & ayah masih berjaya mengawal kemarahan & tak pernah pukul Aqilah lagi... Really hope Aqilah akan menjadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat, hormat orang tua & sayang mama ayah forever... Amin.
No comments:
Post a Comment