Tuesday, 6 May 2008

Family Day ONE TO ONE...

Wah, lamanya mama cuti. Since Selasa (29/04-04/05). Mama saje dok lepak kat rumah. Lagipun cuti banyak.. Ok, mama nak story tentang family day 1 to 1. Hehehe, 1 to 1 nie adalah nama geng mama time kat sekolah SMAKL dulu. Kiteorang ada 11 orang semunya. Alhamdulillah percutian pendek yang dirancang di Port Dickson selamat semuanya... Enjoy sangat & happy. But tak berapa puas coz masa terlalu pendek. Kiteorang gie on saturday konvoi 5 buah kereta from R&R Nilai. Total yang boleh pergi adalah 6 family & 2 anak dara... Stay kat Tiara Beach Resort... Sesuai untuk anak2 mandi manda... Kecoh coz sibuk dengan anak masing2 yang tengah lasak. Yang paling best, kaum ibu gie mandi kat pool & kaum bapa layan anak masing2... Hahaha... Kesian ayah kene layan Aqilah jer... Mama & the geng, sibuk berborak...
About my princess, macam biasa sentiasa ceria & happy... Sampai jea, mama & ayah lepak2 jap & terus bawak Aqilah gie mandi kat water park... Mama ingatkan Aqilah tak nak mandi, rupa2nya dia suka and seronok sangat... Lepas hampir 2 jam+++ baru stop mandi... On & off ada jugak dia naik amik makanan... Lepas mandi, terus bawak bilik, mandikan dia, buat susu & terus tido... Letih sangatlah tue...
Malam tue, gie dinner ramai2... The next day, after breakfast, gie mandi pool lagi... Tapi pagi nie Aqilah tak nak mandi lama coz sejuk kot... Dah puas mandi, naik bilik kiteorang bersiap nak balik.. Mama and ayah bertolak paling awal coz ayah nak gie JB...
This week, mama tinggal berdua jer dengan Aqilah... Ayah tak ada gie JB, wan & atuk gie China berjalan... Gambar mama akan up date lain kali coz wan & atuk bawak camera mama gie china.. Ok, lain kali mama story lagi... bye...

Monday, 28 April 2008

MEE KARI NYONYA

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat mama nak buat mee kari nyonya. Resepi diambil dari internet. Akhirnya ayah dapat makan mee kari dari hasil air tangan mama sendiri... Hehehe... Orang pertama yang rasmikan, ayahlah... Pastu, wan & atuk datang sebelah petang... Sebelah malam pulak kak ngah & family datang. Yang paling best, bukan ayah jea puji sedap, atuk and pak ngah pun cakap sedap... Hehehe... Mama apa lagi, perasanlah...
Semalam gie rumah kak ngah kat Rawang... Kak Ngah buat makan2 ... Cantik umah dia... Bila tengok rumah kak ngah, tak sabar pulak nak pindah rumah kat bangi...
Ok, lain kali story lagi...bye...

Friday, 25 April 2008

AQILAH 18 BULAN...

Semalam (24/4/08), mama & ayah bawa Aqilah gie inject for 18 months (DTP & IPV). Alhamdulillah aqilah sihat & berat dia dah 10kg. Time inject menangis sekuat hati, bila jarum keluar dari punggung dia, terus senyap... Hehehe... Anak mama berlakon jer, kan? Lepas nie 6 years baru inject seterusnya...
Dr. Hasmawati tanya, Aqilah dah pandai cakap ker? Alhamdulillah, setakat nie, dia faham apa yang orang cakap. Antara perkataan yang dia dah boleh cakap "Allah, mama, ayah, lizard, cat, fish, milk, ball, bye, barney, nak, tak nak, jatuh, teeth, shoes, mmuah, abah, ok, air, opah"
Kalo mama said "delicious" automatic dia akan buat "emmpphh yam". Kalo mama said "spicy" automatic kipas tangan kat mulut & ada lagilah aksi2 dia yang mama tak ingatlah...
Ok, lain kali story lagi...

Thursday, 17 April 2008

Aqilah...Aqilah...Aqilah...

Ya Allah... anak mama nie, makin hari makin baik... Semakin besar, semakin banyak aksi yang dibuat... Kadang2 tue, sangat-sangat menguji kesabaran mama & ayah... Apa yang dia dah pandai buat? Antaranya:
1) Pantang nampak pencil/pen, mesti nak menconteng. Kalo mama & ayah tak perasan dia tengah pegang pen/pencil, selamatlah dinding akan bercorak2-corak. Setakat nie, ada beberapa lukisan yang "menarik" kat rumah kiteorang.
2) Pantang masuk bilik air, mesti susah nak keluar. Suka sangat main air & shower. Walaupun dah menggigil, tetap tak nak keluar. Kalo dukung jer keluarkan dia, confirm menagis & lari tak nak pakai pampers.
3) Pantang tengok mama & ayah or sesiapa sahaja duduk kat meja makan. Dia akan panjat kerusi (kadang2 bukan kerusi jer, meja pun dia panjat) and dia akan minta nasi @ apa2 yang kita tengah makan. Kalo ambil yang lain untuk dia, confirm tak nak. Semalam, ayah makan nasi & ada sambal belacan, bila ayah tak bagi, dia menagis. Pastu mama cakap dengan ayah, bagi jer... Hahaha... Lepas rasa sambal belacan tue, merah padam muka.. Terus minta air...
4) Hobi terbaru, tekan2 remote. At last, mama keluarkan bateri remote & buat manual dengan tekan jea kat TV @ DVD. Masalahnya, dia tengok mama buat sekali jea. Lepas nampak mama tekan kat DVD & TV, dia pun buat perkara yang sama. Geramnya... Tengah sedap2 tengok DVD, tiba2 dia off.. Kalo mama or ayah marah, samada dia lari atau dia senyum sambil sengetkan kepala & said OK or dia menagis mintak simpati...
5) Kalo tak dapat apa yang dia minta, Aqilah akan menjerit, gie jauh dari kita & menagis..
Sekarang nie, peragai Aqilah sangat-sangat menguji keimanan & kesabaran mama. Tapi alhamdulillah, mama & ayah masih berjaya mengawal kemarahan & tak pernah pukul Aqilah lagi... Really hope Aqilah akan menjadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat, hormat orang tua & sayang mama ayah forever... Amin.

Thursday, 10 April 2008

RIBENA MENGANDUNGI ARAK...

Assalamualaikum...bacalah artikel nie yang saya dapat from my email... Hope kita semua belum terlambat... Selamatkanlah anak-anak kita yang masih suci dan bersih daripada minum ribena...
BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK LONDON :
Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah. Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

Wednesday, 9 April 2008

Aqilah demam & TV Baru...

Huhuhu... anak mama demam lagi... Petang semalam amik dari rumah kak yati, dia ok & aktif macam biasa, malam dalam pukul 10pm badan aqilah start deda... Maybe kene hujan sikit time balik dari rumah mak & pagi tadi mama tengok gigi garham bawah dia dalam proses nak tumbuh.. Maybe demam coz nak tumbuh gigilah kot... Malam & pagi tadi dah bagi ubat & tampal coolfever.. Hope anak mama cepat sihat...
Semalam beli tv baru... Hehehe... Actually taklah baru, cuma baru beli jea... Beli tv from auntie Yana... Thanx auntie yana & husband coz hantar sampai rumah lagi... Kesian diaorang mendaki banglo 5 tingkat kiteorang... Hehehe... After this, tak payahlah nak berebut tengok tv dengan Aqilah lagi... Bestnya... Ehhh, lupa pulak nak say thank you to ayah coz belikan mama & Aqilah tv... Hehehe...
Ok, lain kali story lagi...

Tuesday, 8 April 2008

PUDING COKLAT...

Emmppphhh... sedapnya... Mama buat Puding coklat hari nie... (hahaha...perasan sedap...). Ok, kali nie mama nak kongsi resepi puding coklat yang mama baru buat tadi... Sedap sangat & mudah...

Resepi puding coklat:
1/2 cawan sebuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar butter
41/4 cawan air
1/2 sudu kecil esen vanila
secubit garam

Cubalah kepada sesiapa yang berminat & suka makan puding... Buat puding sangat mudah... Insyallah lepas nie mama nak start belajar buat kek... Dah study sikit2 cara2 buat kek, tapi banyak bahan2 yang mama tak kenal...(hehehe...). Insyallah auntie farah & auntie anis boleh tolong... Hehehe...

Thursday, 3 April 2008

PUDING HORLICKS...

Assalamualaikum...

Petang semalam, lepas balik keje... mama buat puding horlicks. Walaupun hujan lebat gila petang semalam, mama still gie Giant gak untuk beli barang-barang nak buat puding tue... Alhamdulillah menjadi & sedap... Tapi ia sedap bagi sesiapa yang berminat dengan horlickslah... Hehehe... Ayah tak berapa suka horlicks, so dia tak makan sangatlah... Ayah suruh try buat puding jagung... Insyallah mama akan usahakan... Sorilah tak ada gambar... Tapi nak buat dia senang sangat... Nie resepi puding horlicks :

*1 bungkus agar-agar
*6 cawan air
*1 tin susu pekat manis
*1 tin susu cair
*1 sudu besar tepung custard
*1 sudu besar esen vanila
*4 biji telur

Ok, sesiapa yang berminat, bolehlah cuba sendiri...

Monday, 31 March 2008

Mashed Potato

Assalamualaikum...
Last Friday mama buat mashed potato. Dapat resepi from auntie shenna. Ok, boleh makan gaklah, but tak berapa sedaplah... Maybe ada kureng kat mana2.. Mama kene edit & kreatif lagi... Warna dah sama dengan KFC, but rase tak sama lagi... Nanti mama try lagi... Maybe terlebih tepung jagung & terkurang air rebusan ayam.. Hehehe... Ok, kalo ada kawan2 yang ada resepi menarik, bagitaulah saya... Coz sekarang nie, tengah rajin nak buat experiment kat dapur... Sebenarnya last weekend mama nak cuba buat cendol, tapi bahan2 tak ada... Hehehe... Abang & abah suka sangat makan cendol... So, mama nak cubalah buat... Insyallah, ada rezeki, mama buat yea..
Ok, lain kali story lagi...

Friday, 28 March 2008

Cendawan Goreng & MRSM...

Assalamualaikum...

Hari Rabu lepas (26/3/08) mama masak sup ayam, sayur kangkung goreng belacan, goreng kentang & buat cendawan goreng... Alhamdulillah semua sedap... Cuma cendawan goreng macam tak menjadilah... Dia tak rangup... Mama pernah makan kat pahang, sedap & rangup... Ada sesiapa yang tau resepi nak buat cendawan goreng yang sedap & rangup? Help...Help... Hehehe...

Alhamdulillah semalam Haziq dapat surat tawaran from Mara. Dia dapat masuk MRSM Merbok kat Kedah... Alhamdulillah, dapat jugak masuk MRSM walaupun hanya second intake.. Tapi yang sedihnya, jauh sangat... Tak pernah adik-beradik mama belajar form 1 jauh macam nie... Tak taulah Haziq boleh tahan ker, tak... Hope dia ok... Mama dah minta tolong auntie Yani cakap dengan adik dia untuk tengok2 kan Haziq... (tolonglah yani yea). Adik auntie Yani sekkolah kat situ jugak... Dia form 5... Hari nie abah & mak sibuk nak uruskan medical check up, xray, beli baju, buka akaun and macam2 lagilah... Selamatlah ada adik auntie Yana, dia boleh tolong buatkan xray & pagi tadi abah dah pergi & dah siap dah... Medical check up pulak abang auntie hajar tolong buatkan... Lega... Semua hampir siap..

Ok, mama nak keluar lunch dah...

Wednesday, 26 March 2008

Aqilah tak sihat...

Assalamualaikum...
Semalam mama EL coz badan & muka Aqilah naik merah-merah & tengah malam kelmarin (25/3/08) dia muntah dalam pukul 3.45am secara tiba-tiba... Mama menggelabah sangat... Selamatlah ayah ada... Sepatutnya ayah keje 11pm-7am, tapi hari tue ayah letih, so dia cuti... Risau sangat... The next day (25/03/08) mama & ayah bawak Aqilah gie DSH jumpa Dr. Hasmawati.... Alhamdulillah, selepas buat blood test, semua ok & normal... Actually mama takut kalo kene denggi ataupun campak (kali kedua)... Tapi ia hanyalah alahan... Dr. tanya, ada bawak pergi pantai tak? Coz debu pantai boleh sebabkan kulit kanak-kanak yang tidak tahan akan naik merah-merah... (dlm hati mama, hebatnya Dr. nie, macam tau-tau jer mama baru gie pantai...) So, mama cakap, bukan bawak pergi pantai, tapi umah opah kat kuantan, memang depan pantai... So, kemungkinan besar Aqilah alah pada debu pasir pantai... Kesiannya anak mama... Ini kali kedua dia kene merah2 macam nie... But alhamdulillah hari nie dah sihat dah... Cuma ada batuk sikitlah...
Mama hope, Aqilah akan cepat sihat & be a good girl...

Monday, 24 March 2008

Dadih...

Assalamualaikum...
Mama nak story aktiviti terbaru mama... Last Saturday mama buat dadih... Hehehe... Akhirnya dapat jugak ayah & Aqilah makan dadih hasil air tangan mama... Sebenarnya, ayah & Aqilah suka dadih & mama pun sama... Mama rasa dah hampir 6 bulan mama dok cakap nak buat dadih, tapi tak buat2... Last saturday mama dok umah mak, tiba2 semangat nak buat dadih tue, datang berkobar2... Hehehe... Mama minta ayah belikan bahan2 & mama buat malam tue jugak...
Actually taklah susah sangat nak buat dadih nie... Alhamdulillah dadih yang mama buat jadi & sedap... Mama buat perisa jagung... Next time, insyallah nak buat pelbagai perisa... Permintaan tinggi gak kat rumah mak tue... Ramai gak yang suka... Kat sini mama sertakan resepi untuk buat dadih... Sesiapa yang berminat, bolehlah cuba untuk anak & suami tersayang.... hehehe...
Bahan untuk buat dadih [40 bekas(size bekas tapai)]
*Air 3L
*Agar-agar 10g
*Susu sejat 1 tin
*Creamer 3 cawan
*Gula 3 cawan
*Perisa & pewarna
20/3/08-23/3/08: Aqilah demam... Aqilah start demam hari Khamis malam & Friday mama & ayah bawak dia gie klinik... Alhamdulillah hari nie dah ok dah... Kali nie Aqilah tak demam kat Kuantan, tapi balik dari Kuantan, baru dia demam... Tapi anak mama nie walaupun demam, dia tetap aktif & ceria... Tue yang best tue... Kadang2 mama lupa dia demam...
Ok, lain kali story lagi...

Balik Kuantan...

Assalamualaikum...
Last week mama cuti seminggu balik Kuantan... Seronoknya Aqilah dapat balik kampung, coz kat kampung dia free... Yang mama tak sanggup, sepanjang perjalanan balik kuantan & KL, Aqilah tak tido dalam kereta... Now Aqilah dah tak nak duduk dalam car seat dia... Geram betullah... Ya Allah lasaknya si manja mama nie...
Kat kampung Aqilah happy jer... Alhamdulillah dia nak dengan semua orang & tak takut dengan sesiapa pun... Kat kampung Aqilah dapat tengok arnab, ayam, kambing, ketam, ikan, kucing... Siap boleh usik2 binatang tue... Mama nampak Aqilah nie, agak beranilah jugak... Yang paling best, dia boleh main ikan ayer/tongkol/kayu tanpa rasa geli ataupun takut... Dia dah pandai sebut "opah"... Hehehe...
Balik kali nie, best sikit... Kenape? Sebab mak mentua ikut gie jalan ke Kemaman... Mak sebenarnya susah sangat nak ikut gie jalan, alhamdulillah kali nie dia nak pulak ikut... Seronoknya mama & ayah... Tapi tak gie mana pun... Just gie makan & jalan2 sekitar bandar Kemaman... Insyallah ada rezeki, mama & ayah nak bawak mak gie K.Terengganu bila balik next nanti...
Ok, sambung cerita lagi...

Friday, 14 March 2008

Happy Birthday Mama...

Assalamualaikum...

Wah, sedar tak sedar mama dah berusia 28 tahun... Alhamdulillah umur mama masih panjang... Semoga mama terus diberi kesihatan tubuh badan, dimurahkan rezeki & bertambah keimanan kepada yan Maha Esa...

Mama sepatutnya pergi kursus 10/3/08-13/3/08 di Melaka. Tapi disebabkan masalah teknikal, mama tak jadi pergi... Seronok sangat coz tak payah nak tinggalkan si comel mama... Hehehe... Birthday mama tahun nie, ayah bagi hadiah special sikit & ayah buat surprise... Thanx honey... Apa surprice & present tu? Biarlah rahsia... Hehehe.... Alhamdulillah ada rezeki lebih, so mewahlah sikit birthday tahun nie...

Aqilah... Apalah perkembangan terbaru si cerdik mama nie, yek? Now Aqilah dah pandai buat macam-macam bunyi.. For example, kalo mama kata "cat, chiken, lizard, tiger, cow" dia akan buat bunyi animals nie... Hehehe... Comel sangat... Kalo mama kata "busuk @ hot", dia terus kipas tangan... Flying kiss, salam, give me 5 dah expert dah... Kalo mama pakai tudung jer, dia terus gie kat pintu... Kalo keluar tak bawak dia, confirm menagis... Kalo nak tengok Barney, dia akan cakap "ney, ney" sambil gie kat DVD... Itu maksudnya nak tengok Barneylah tue... Alhamdulillah anak mama semakin hari semakin bijak dan diberi kesihatan oleh yang Maha Esa...

Suka tengok best student for SPM 2007... Dia boleh dapat 20 A1 & 1 A2... Ya Allah bijaknya budak nie.. Macam manerlah dia belajar... Tapi suka tengok muka dia, tenang jer... Teringin kalo Aqilah & anak2 yang lain boleh buat macam tue... But mama tak akan paksa anak2 mama... Asalkan anak2 mama nanti berjaya dunia akhirat & tak mengabaikan mama & ayah bila besar nanti... Amin...

Insyallah next week mama nak cuti 3 hari... Balik Kuantan... Lama dah tak balik... Last balik bulan Januari hari tue... Hope anak mama tak demam, balik kali nie...

Ok, lain kali mama story lagi...

Friday, 22 February 2008

Perkembangan terbaru anak mama...

Assalamualaikum...

Nak tau apa yang anak mama dah pandai? Hehehe... Dalam minggu nie, alhamdulillah dia dah pandai cakap "babai", dalam minggu nie jugak dia dah pandai tadah tangan untuk berdoa & cakap "min"(amin)...

Selain daripada tue, dia memang dah tau beberapa perkara yang mama tak tulis sebelum nie... Buat flying kiss, kalo dah habis minum susu dia cakap "nish"(finish), salam & cium tangan, yang paling dia pandai buat ialah bila merajuk, golek-golek badan atas lantai... comel sangat... kalo nak susu dia cakap "cu, cu"... Ada lagi, tapi mama tak ingatlah...

Ok, lain kali story lagi...

Friday, 15 February 2008

Tukar tayar Kelisa...

Assalamualaikum....

Mama tengah bosan nie... Just nak story, mama dah tukar keempat-empat tayar kelisa pada 05/02/2008 hari tue... Melayang duit RM600... Tak aperlah untuk keselamatan... Mama tukar tayar Goodyear... Now baru mama tau tayar kereta nie, banyak jenis, banyak size... Kelisa mama 165/55/R14....

Pasal Si Cerdik mama Aqilah pulak, now dia dah tau buat semua... Cakap bolehlah sikit2... Antara words yang dia boleh cakap, "ayah, mama, nak, air, na nak (tak nak), jet (lizard), cat, aum (tiger), Alah (Allah), awah (muahh/kiss)" and apa lagi yea... mama pun tak ingat... Kalo dia nak susu, dia gie kat tempat susu & tunjuk kat tin tue & cakap.."nak...nak..." Kalo nak sleep, mama dah buat susu dia terus gie kat bilik, panjat katil & terus baring sambil tunggu mama bawak susu untuk dia... Kalo nak mandi, dah bukak baju & seluar, automatik dia gie toilet... Seronoknya tengok Aqilah membesar... Now boleh dikatakan Aqilah dah pandai & faham apa yang mama & ayah cakap... Lagi satu, dia dah start cuba pakai sendiri kasut & stokin.. Kalo nak keluar, mama suruh pakai shoes dulu, sibuklah carik shoes dia... Sekarang nie, pantang nampak orang keluar, semua dia nak ikut... Tak kiralah sesiapa pun... Tapi kalo nampak mama atau ayah keluar tak bawak dia, mulalah menagis....

Oklah, Parlimen dah dibubarkan, 08/03/08 hari mengundi... So, jomlah kita sebagai rakyat Malaysia mengundi & pilihlah pemimpin yang kita percaya... Kene pergi mengundi tau coz itu hak kita... Mama akan mengundi di rumah wan & atuk kat Keramat, ayah pulak kat Balok, Kuantan... Macam mana nak buat tue? Nampaknya ayah undi pos jerlah.... Hehehehe....

Oklah, lain kali kita story lagi....

Monday, 11 February 2008

Terengganu & CNY

29/12/07-5/01/08: Balik kampung Kuantan.... Seronok balik kali nie coz boleh dikatakan dapat jumpa semua adik beradik ayah.... Tapi yang tak bestnya, Aqilah demam... Kenapalah si manja mama nie setiap kali balik Kuantan mesti demam? Maybe Aqilah tak tahan angin laut kot....

31/12/07: Gie terengganu buat keje.... Sepanjang jalan dari Kuantan hujan sampailah ke terengganu.... Sampai jer, terus gie buat keje... Tido 1 malam di Sri Malaysia... The next day gie Pasar Payang shopping... Hehehe... Mama beli 2 pasang baju batik untuk mama, kain pelekat untuk ayah, t-shirt and beberapa buah tangan untuk family... Nanti kene gie lagi coz instrument tak ok....

6/2/08: Gie KLCC dengan atuk, acu, mama, ayah & Aqilah... Setelah usia anak mama setahun empat bulan baru si cerdik mama nie jejakkan kaki kat KLCC... hehehe... Kesiannya dia... Anak mama macam biasa...Seronok...

7/2/08: Balik kampung negeri sembilan... Kira punya kira, rupanya Aqilah belum pernah balik kampung negeri sembilan... Seronoknya dia... Nampak gayanya, Aqilah nie jenis tak kisah... Dia nak dengan semua orang & tak meragam langsung sepanjang balik kampung... Kat kampung, Aqilah just pakai panties & kasut jer... Panaslah katakan.... Ayah tak ikut balik kampung coz ayah keje... Mama balik tumpang kak ngah & konvoi dengan induk & busu.... Sampai rumah tengah malam... Anak mama pengsan keletihan....

8/2/08: Gie melawat auntie Anis & Uncle Jaafar. Diaorang dapat baby baru... Seronoklah auntie anis dapat baby girl... Insyallah mama berdoa yang second nanti, biarlah boy...amin....

9/2/08: Gie mandi sungai kat Janda Baik... Gie ramai2 dengan family busu, induk, kak ngah & family, atuk, wan, acu, pak teh.... Ayah tak gie jugak coz keje & ada kelas... Aqilah seronoknya tak tau nak cakap... Mula-mula tue, dia takut gak kat air sejuk tue... tapi lama2 dah ok... Bayangkan dia boleh berendam kat dalam sungai tue hampir 2 jam tak naik2.... Orang tengah siap2 nak balik, Aqilah tido dalam kereta tak bangun2 sampai kat rumah atuk...Letih sangatlah tue... Sampai kat umah atuk, dia bangun... Alahai, mama baru nak tido.... Tapi mama nampak Aqilah memang enjoy....

10/2/08: Duduk rumah kemas rumah, basuh baju & masak... Setelah berjalan 4 hari berturut2, hari nie mama & Aqilah berehat kat rumah jer... Ayah pulak ada kelas sampaim pukul 1pm....

Alhamdulillah Aqilah makin hari makin bijak & now dia manja sangat... and Aqilah nie jenis suka berjalan & senang nak sesuaikan diri dengan orang disekeliling.... Cuma sekarang nie dia susah nak makanlah... Ada petua tak kawan2... Risaulah... Berat dia baru 9.8kg.... Tapi Dr. kata ok... But mama still risau.... Kalo kawan2 ada petua, tolong bagi yea...